fbpx
Saify Akhtar

Pertama Digital lantik CEO baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Syarikat tersenarai awam, Pertama Digital Berhad mengumumkan pelantikan Saify Akhtar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya, bersama Sivabalan Poobalasingam sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO), berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Pertama Digital berkata, Saify bertanggungjawab untuk menerajui dan memacu Pertama Digital ke hadapan dengan rancangan perniagaan yang berani dan inovatif bagi memastikan masa depan yang mampan dan menguntungkan.

Sementara Sivabalan akan ditugaskan untuk menstruktur dan menumpukan dalam memantapkan kedudukan kewangan Pertama Digital melalui pengurusan kewangan berhemat, seperti yang diperlukan oleh mana-mana syarikat senaraian awam.

Saify sebelum ini merupakan Pengarah Strategi di Pertama Digital dan memainkan peranan penting dalam memacu syarikat melalui tahun-tahun progresif semasa penubuhannya, manakala Sivabalan pula pernah memegang jawatan penting termasuk Pengarah Kewangan di Kumpulan Edotco serta anak syarikat Khazanah Nasional Berhad, Rhizophora Ventures Sdn Bhd.

Pengerusi Pertama Digital, Tun Zaki Tun Azmi berkata, pemahaman dan komitmen Saify adalah penting dalam memastikan kejayaan rancangan masa depan Pertama Digital.

“Digabungkan dengan kekuatan kakitangan kami dan tawaran perkhidmatan, saya percaya beliau akan dapat memperkasakan syarikat ke tahap yang lebih tinggi.

“Beliau mempunyai kemahiran kepimpinan yang diperlukan untuk membimbing Pertama Digital untuk mencapai matlamat dan aspirasinya,” katanya.

POPULAR