fbpx
Ayam merupakan antara makanan yang diberikan subsidi dan kawalan harga. - Gambar hiasan

Ada subsidi susah, tiada subsidi lagi susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAMPAKNYA isu terputus bekalan barangan keperluan atau makanan tidak pernah berakhir. Selalunya rakyat Malaysia ‘dihidangkan’ dengan masalah ini pada tiap kali dekatnya dengan sambutan perayaan.

Cuma baru-baru ini ia berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila dilaporkan berlaku kekurangan bekalan telur ayam, tepung dan gula di beberapa negeri.

Mungkin dengar sahaja perkataan ‘raya’ jadi semua perlu ‘sync’, ‘disekat’ atau dikawal tangan-tangan ghaib. Seolah-olah ada pihak memanipulasi bekalan barangan keperluan ini demi menaikkan harga. Apabila harga naik mereka dapat untung lebih.

Setakat Oktober lalu, bagi komoditi ayam dan telur kerajaan terdahulu telah memberikan subsidi sehingga Disember 2022. Telur ayam diberikan subsidi lapan sen sebiji, manakala kadar bagi sekilogram ayam adalah 80 sen.

Langkah pemberian subsidi ini bagi mengekalkan harga siling runcit untuk sekilogram ayam adalah RM9.40. Subsidi ini juga merangkumi telur ayam dijual dengan harga 45 sen (telur gred A), 43 sen (telur gred B) dan 41 sen bagi telur gred C. Harga ini melibatkan kawasan di Semenanjung.

Pada 1 November lalu, kerajaan melalui Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bersetuju menaikkan kadar subsidi dua sen sebiji bagi telur ayam gred A, B dan C berkuat kuasa serta-merta.

Di peringkat ladang, pihak terbabit menikmati kadar subsidi sebanyak 10 sen bagi sebiji telur yang dikeluarkan.

Subsidi ayam dan telur ayam antara tempoh Oktober hingga Disember tahun ini itu bernilai kira-kira RM600 juta kononnya dijangka memberi manfaat kepada 338 ladang ayam ternakan. Subsidi tambahan itu bagi memastikan bekalan telur di pasaran stabil.

Namun, apa yang menjadi kemusykilan contohnya dalam laporan Kosmo! baru-baru ini ada peruncit menjual telur ayam gred A dan B masing-masing pada harga RM18 dan RM17 sepapan.

Bukankah kerajaan terdahulu memperuntukkan subsidi sehingga bulan ini (hari ini hari pertama Disember)?

Memetik kenyataan dikeluarkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada Oktober lalu, subsidi yang diberi itu bertujuan meringankan beban penternak susulan peningkatan kos pengeluaran berterusan.

Ia turut meliputi kos makanan ayam, 70 peratus daripada kos pengeluaran selain anak ayam (DOC), logistik, pekerja, utiliti dan ubat-ubatan.

Dalam situasi ini persoalannya pihak mana yang makan untung berlebihan? Pengeluar atau pengedar? Penulis tidak fikir peniaga runcit akan dapat untung lebih. Apa yang pasti pengguna sendiri menjadi mangsa paling terkesan.

Satu ‘langkah suci’ untuk membantu rakyat dilihat tidak lagi berjaya bagi mengelakkan peningkatan kos sara hidup.

Nampaknya pengguna terpaksa hidup ikut ‘percaturan’ ‘kartel-kartel’ barangan keperluan jika tiada ketegasan penguatkuasaan daripada pihak berwajib.

Sepanjang tahun ini, isu kekurangan bekalan makanan berlaku lebih banyak berbanding sambutan perayaan. Mengeluh pun tiada guna. Ada subsidi susah, tiada subsidi lagi susah.

POPULAR