fbpx

Sektor pertanian Terengganu rugi RM12 juta akibat bencana alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman.

KUALA TERENGGANU – Sektor pertanian Terengganu mengalami kerugian RM12 juta akibat bencana alam pada musim tengkujuh yang berlaku dari bulan Disember hingga Februari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berkata, kemusnahan tersebut memberi kesan besar terhadap kelangsungan sekuriti makanan negeri.

“Sektor perikanan akuakultur paling teruk terjejas apabila 175 pengusaha mengalami kerugian keseluruhan RM8.56 juta.

“Ia melibatkan tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut,” katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Rozi Mamat (BN-Telemong) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Azman (Pas-Jabi) memberitahu, semua pemain sektor pertanian terjejas berkenaan telah menerima bantuan kecemasan berjumlah keseluruhan RM221,000 yang disalurkan menerusi Tabung Bencana Pertanian Negeri Terengganu.

Tambah beliau, mereka juga menerima bantuan peralatan dan input berjumlah keseluruhan RM2.079 juta daripada kerajaan Persekutuan menerusi program Pembangunan Semula Projek Agromakanan.

“Setiap pengusaha terlibat mendapat bantuan berjumlah antara RM5,000 hingga RM10,000 bergantung kepada kerugian masing-masing.

“Penyerahan telah dibuat di Kampung Getang, Hulu Terengganu pada 2 November lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI