fbpx
Tangkap layar pita pembetulan yang disangka telefon bimbit model Iphone 14

Bawa correction tape ke sekolah, disangka Iphone 14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pita pembetulan (correction tape) yang berbentuk seakan-akan telefon bimbit model Iphone 14 menjadi bahan gurauan dalam kalangan tenaga pengajar dan pelajar di dalam kelas semalam.

Menurut perkongsian yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @cikgu_baby, ia memaparkan ragam guru sedang bergurau menegur pelajar kononnya membawa telefon bimbit ke sekolah sedangkan ia alat pita pembetulan.

“Dia (pelajar) membawa telefon bimbit Iphone 14 ke sekolah kononnya untuk hal kecemasan,” katanya di ruangan kapsyen video tular yang berdurasi 28 saat itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna berasa terhibur dengan perkongsian tersebut. Ada netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing ketika berdepan situasi sama.

“Jika terdapat pemeriksaan secara besar-besaran, mesti mereka akan tertipu,” seloroh seorang pengguna.

“Saya juga pernah terkena rupa-rupanya pelajar itu membawa kalkulator tetapi menggunakan sarung (casing) telefon,” kata seorang pengguna lain.

Dalam pada itu, terdapat dalam kalangan pengguna yang bertanya di mana agaknya pelajar berkenaan membeli alat tersebut.

“Cikgu, tolong tanyakan dimana saya boleh mendapatkannya kerana mahu mengusik rakan,” tulis seorang pengguna.

“Benda ini boleh dibeli di kedai mana? Saya juga mahu mengusik (prank) cikgu,” kata seorang lagi warga TikTok.

Hantaran itu meraih sebanyak 2,000,000 tontonan dan 172,100 tanda suka setakat ini. – KOSMO! ONLINE

POPULAR