fbpx

15 maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak pengebumian Cameroon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penyelamat bersedia mengangkat mayat mangsa tanah runtuh di sebuah tapak pengebumian di Yaounde, Cameroon. - Saudi Gazette

YAOUNDE, Cameroon – Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus orang ramai semasa satu majlis pengebumian di ibu kota Cameroon, Yaounde, kata gabenor tempatan kelmarin.

Mangsa berkumpul di bawah beberapa khemah di puncak sebuah bukit ketika menyertai majlis pengebumian itu pada Ahad lalu sebelum tanah runtuh berlaku.

Sekurang-kurangnya satu daripada beberapa khemah tersebut dan orang yang berlindung di bawahnya terperosok ke dalam tanah.

“Kami mendapati 15 orang telah meninggal dunia,” kata gabenor wilayah pusat yang kawasannya termasuk Yaounde, Naseri Paul Bea kepada agensi berita AFP.

Kira-kira 12 anggota bomba melakukan kerja-kerja menyodok timbunan tanah kemerahan di kaki bukit untuk mencari mangsa terperangkap.

Di kawasan berhampiran, sekumpulan penduduk mengunjungi dua isi rumah untuk menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.

Bencana itu berlaku di daerah Damas, timur Yaounde. Pencarian telah dihentikan lewat petang Ahad lalu.

Penduduk tempatan, Marie Claire Mendouga, 50, menghadiri majlis itu tetapi khemahnya tidak terjejas akibat tanah runtuh.

“Kami baru sahaja menari sebelum tanah di sekitar kami runtuh,” katanya.

Dia cuba menggali dengan tangan untuk mengeluarkan mangsa dengan mereka diliputi tanah berwarna merah. – AFP

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI