fbpx

Budak lelaki maut, dua tidak sedarkan diri dihempap tiang letrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua kanak-kanak lelaki yang dihempap tiang elektrik dalam kejadian di Kampung Belukar, Changlun pada petang tadi.

CHANGLUN – Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala dua lagi tidak sedarkan diri akibat dihempap longgokan tiang elektrik dalam kejadian di Kampung Belukar, Changlun dekat sini hari ini.

Tiga mangsa itu dipercayai berusia lingkungan 11 tahun dengan seorang daripada mereka disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.33 petang tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati ketiga-tiga mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dari bawah tiang elektrik menggunakan jengkaut.

“Pada masa itu, hanya terdapat dua mangsa berada di lokasi iaitu seorang telah meninggal dunia manakala seorang lagi tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurutnya, seorang lagi mangsa yang turut dikeluarkan oleh orang awam dibawa ke rumah terlebih dahulu sebelum dibawa ke Hosptal Jitra dengan ambulans.

Tambahnya, kejadian dipercayai berlaku ketika tiga kanak-kanak terbabit bermain berdekatan tiang elektrik yang dilonggokan di tepi jalan sebelum tiang itu terjatuh dan menghempap mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI