fbpx

Angkara dihon, lelaki pecahkan cermin kereta guna topi keledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan cermin kereta mangsa yang dipecahkan menggunakan helmet dalam kejadian di Jalan Sekilau, Taman Tenaga, di sini, kelmarin.

CHERAS – Gara-gara dihon, seorang lelaki bertindak luar kawalan menumbuk dan memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan helmet dalam kejadian di Jalan Sekilau, Taman Tenaga, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya terkesan klip video tular di Facebook sekitar pukul 8.30 pagi tadi berhubung kejadian itu.

Katanya, video tersebut memaparkan kejadian cermin kereta dipecahkan dengan menggunakan topi keledar berhampiran sebuah lampu isyarat.

“Hasil semakan mendapati kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 9.39 malam, kelmarin.

“Pihak kami telah menerima laporan berhubung kejadian ini dan sehingga kini beberapa orang saksi telah dirakam percakapannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zam Halim, suspek bertindak demikian kerana telah dihon oleh mangsa sewaktu dirinya melanggar lampu isyarat.

Rentetan itu, kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian tersebut.

Baru baru ini, tular satu klip video dipercayai seorang lelaki yang berang menumbuk cermin sebuah kenderaan lalu memecahkannya menggunakan topi keledar.

Mangsa mendakwa membunyikan hon kepada lelaki itu kerana memotong lampu isyarat merah lalu masuk ke laluan digunakannya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI