fbpx

Teheran berang US Soccer ‘cacatkan’ bendera Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita memegang bendera Iran di dataran Tajris, Teheran pada 5 Oktober lalu. – AFP

TEHERAN – Persekutuan Bola Sepak Iran kelmarin membantah perbuatan memadamkan nama Allah daripada bendera negara berkenaan oleh badan bola sepak Amerika Syarikat (US Soccer) dalam hantaran di media sosial menjelang pertemuan dua musuh ketat  tersebut.

Iran berdepan Amerika Syarikat (AS) dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Rabu ini (waktu Malaysia).

Iran menyaksikan tunjuk perasaan lebih dua bulan yang tercetus susulan kematian seorang gadis berketurunan Iran-Kurdis, Mahsa Amini, 22, semasa dia berada dalam tahanan polis. Arwah ditangkap kerana didakwa melanggar kod etika pakaian wanita Iran.

“Ini adalah perbuatan yang tidak profesional, laman Instagram US Soccer memadamkan perkataan Allah daripada bendera Iran.

“Persekutuan Bola Sepak Iran telah menghantar e-mel kepada FIFA supaya mengeluarkan amaran keras terhadap US Soccer,” kata agensi berita IRNA.

Sorang jurucakap US Soccer kemudian memberitahu pemberita bahawa hantaran tersebut telah pun dipadamkan dan digantikan dengan bendera yang betul.

“Bagaimanapun, kami masih menyokong wanita Iran,” kata jurucakap sama.

Agensi berita Tasnim menyatakan di laman Twitter bahawa pasukan bola sepak AS telah mencabuli perlembagaan FIFA, manakala penggantungan 10 perlawanan adalah hukuman yang setimpal.

“Pasukan AS sepatutnya ‘diusir’ daripada Piala Dunia,” tambahnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI