fbpx

Empat ejen ‘bookie’ Piala Dunia Qatar dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara komputer riba dan telefon bimbit yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bukit Maluri Kepong, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Empat lelaki warga tempatan disyaki ejen ‘bookie’ pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 ditahan dalam serbuan di sebuah kediaman di Taman Bukit Maluri Kepong, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Sentul menerusi Ops Soga pada pukul 10.15 malam.

“Ekoran serbuan itu, kami menahan empat lelaki warga tempatan berusia antara 40 hingga 48 tahun yang dipercayai ejen pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia Qatar 2022.

“Kami turut merampas tiga telefon bimbit pelbagai jenama, satu modem, satu tablet, dua komputer riba dan kunci rumah dalam serbuan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Eng Lai, kegiatan perjudian itu berselindung di sebalik sebuah rumah dan dipercayai telah beroperasi sejak sebulan lalu.

Jelasnya, siasatan lanjut mendapati hanya salah seorang daripada suspek yang ditangkap mempunyai satu rekod jenayah lampau.

“Susulan tangkapan itu, kesemua suspek telah direman selama tiga hari bermula semalam sehingga Selasa bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953, dan Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI