fbpx

Datuk Lee Chong Wei sambut anak ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Chong Wei di Facebooknya hari ini.

PETALING JAYA – Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini menyambut kelahiran anak ketiganya bersama isteri Datin Wong Mew Choo.

Chong Wei, 40, menerusi laman Facebooknya, berkongsikan khabar gembira tersebut bersama peminat selain menamakan bayinya itu sebagai Anson.

Terdahulu, Chong Wei dan Mew Choo berkahwin pada 9 Nov 2012, dikurniakan anak pertama Kingston Lee, yang kini berusia sembilan tahun dan Terrance Lee, 7.

“Welcome. Third single. Much thanks to my lovely wife for all the sacrifice (Selamat datang. Perseorangan ketiga. Terima kasih tidak terhingga buat isteri tercinta atas segala pengorbanan),” jelasnya Chong Wei dalam hantarannya hari ini.

Sebelum ini, bekas pemaian badminton nombor satu dunia itu telah mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton atas faktor kesihatan.

Dalam pada itu, Mew Choo yang juga bekas pemain perseorangan wanita negara mengambil keputusan bersara pada 2011 selepas beberapa siri kecederaan yang melandanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.