fbpx

BN sambut baik jika PH sokong BN di DUN Tioman – Wan Rosdy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy (kiri) selepas sidang akhbar di Pejabat Daerah dan Tanah Pekan di Pekan hari ini.

PEKAN – Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan negeri dilihat bakal menjadikan persaingan Pilihan Raya Umum ke-15 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman lebih tertumpu antara BN dan juga Perikatan Nasional (PN).

Dalam tempoh sembilan hari lagi berkempen berkemungkinan kempen PH akan terarah bagi menyokong calon BN yang merupakan penyandang kerusi DUN Tioman iaitu Datuk Seri Mohd Johari Hussien.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, meskipun tiada apa-apa perbincangan dilakukan lagi dengan PH, namun BN Pahang menyambut baik sekiranya PH mahu memberikan sokongan kepada BN dalam PRU15 DUN Tioman.

“Sebab kita sudah dalam satu blok, kita akan bincang. Kalau mereka boleh bagi laluan, lebih bagus,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Daerah dan Tanah Pekan di sini hari ini.

Dalam pada itu Wan Rosdy berkata, gabungan BN dan PH dalam membentuk kerajaan negeri dijangka memberi kesan positif kepada BN dalam PRU15 DUN Tioman.

“Ini kerana dalam kerajaan negeri yang ada sekarang sudah ada PH, sebelum ini PH bertanding, BN bertanding. Kalaulah kita ada kesepakatan dalam perbincangan, lagi mudah untuk BN,” katanya.

Kerusi DUN Tioman menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN yang juga penyandang kerusi itu, Datuk Seri Johari Hussain; calon Bebas, Sulaiman Bakar; calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Osman A. Bakar; calon PH, Mohd. Fadzli Mohd. Ramly; dan calon PN, Nor Idayu Hashim.

Mohd. Fadzli sebelum ini menyatakan kesediaan memberi laluan kepada calon BN jika diarahkan Majlis Presiden PH bagaimanapun tiada arahan rasmi dikeluarkan setakat ini.

Mohd. Johari pula sebelum ini menyambut baik kesediaan Mohd. Fadzli untuk memberikan laluan kepadanya, jika diarahkan pucuk pimpinan tertinggi parti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI