fbpx

Seoul lancar bas awam elektrik tanpa pemandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA bas sudah menjalankan perkhidmatan, manakala unit ketiga akan beroperasi pada Disember ini. - Thomas Maresca/UPI

SEOUL – Pihak berkuasa Seoul melancarkan perkhidmatan bas automatik (tanpa pemandu) komersial pertamanya dengan memperkenalkan dua kenderaan elektrik tersebut kelmarin, lapor agensi berita United Press International.

Langkah terbaharu itu merupakan usaha kerajaan Korea Selatan bagi membolehkan kenderaan-kenderaan automatik ditawarkan untuk kegunaan harian.

Bas-bas itu boleh membawa tujuh penumpang dan akan bergerak dalam laluan sejauh 3.4 kilometer (km) di sekitar Cheonggye Stream iaitu kawasan pelancongan dan komersial yang sibuk di pusat bandar Seoul.

Perkhidmatan bas tersebut adalah percuma semasa tempoh pelancaran dan penumpang boleh menunggu di dua perhentian di sepanjang laluan selepas menempah tempat duduk menerusi satu aplikasi mudah alih.

Bas-bas itu dibangunkan oleh syarikat kenderaan automatik, 42dot, yang diambil alih oleh Hyundai Motors pada Ogos lalu.

Datuk Bandar Seoul, Oh Se-hoon bersama eksekutif dari Hyundai dan 42dot mengadakan majlis pelancaran kelmarin dengan mempamerkan perkhidmatan bas itu kepada pegawai kerajaan dan media.

“Langkah pertama kami yang sangat bermakna untuk menjadikan Seoul sebagai bandar utama untuk pemanduan automatik telah bermula.

“Mulai hari ini, kami akan memberikan sokongan penuh untuk mengumpul banyak data dan menjadi bandar yang mengambil inisiatif dalam mempromosikan pemanduan automatik,” kata Se-hoon semasa pelancaran.

Pada November lalu, Seoul telah memulakan perkhidmatan sedan automatik komersial pertamanya dan pada Jun sebelumnya, bandar itu telah memulakan projek perintis teksi automatik, Robotaxi di kawasan kejiranan Gangnam yang sesak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI