fbpx

Lantikan menteri bukan sebagai ganjaran – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika bercakap pada sidang akhbar selepas mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya di sini, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak mahu sebarang lantikan yang dibuat dalam barisan Kabinetnya kelak dilihat sebagai memberi ‘ganjaran’ kepada ahli politik.

Anwar berkata, beliau juga akan meneruskan dengan keputusan untuk mengurangkan saiz kabinet kerana tidak mahu berterusan dengan lantikan besar-besaran seperti ketika di bawah kepimpinan kerajaan terdahulu.

“Saya tidak mahu meneruskan dengan lantikan besar-besaran ini yang melantik sebagai ganjaran sehingga akhirnya ada 70 menteri dengan penasihat khas dan sebagainya.

“Kita boleh pertimbangkan seorang dua di mana yang betul-betul memerlukan tetapi kita tidak mahu ia dilihat sebagai pantikan ganjaran kepada ahli politik yang memberi sokongan,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022 di sini hari ini.

Menurut Anwar, beliau mahu disokong berdasarkan polisi yang dibawa dan komitmen terhadap kerajaan yang lebih baik, anti rasuah dan pembangunan ekonomi.

Bagaimanapun beliau turut bersetuju bahawa untuk sesebuah negara berfungsi dengan baik selepas pelantikan Perdana Menteri, barisan kabinet juga perlu dilantik agar negara dapat bergerak ke hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI