fbpx
EKOR itu diukur sepanjang 5.7 sentimeter. - Jam Press

Bayi miliki ekor di punggung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang bayi perempuan di Mexico dilahirkan dengan mempunyai ekor sepanjang lebih 5 sentimeter (sm) pada bahagian punggungnya, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Kes itu didedahkan dalam Journal of Pediatric Surgery dengan pengarang kajian berkata: “Kehadiran ekor pada manusia adalah sangat jarang berlaku.”

Bayi tersebut dilahirkan menerusi kaedah pembedahan di sebuah hospital di timur laut Mexico. 

Semasa pemeriksaan pertama, doktor menemui ekor sepanjang 5.7 sm yang ditutupi dengan bulu pada punggung bayi berkenaan. Dia turut menangis apabila doktor menyuntik jarum pada ekor tersebut.

Imbasan X-ray bagaimanapun tidak menunjukkan penemuan struktur anomali atau tulang dalam ekor tersebut justeru, ia disahkan bukan ekor vestigial (sisa pertumbuhan organ) seperti dalam 195 kes yang didokumenkan di Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun, Itali dan Jerman. 

Pakar-pakar mendapati bahawa ia adalah ekor ‘sebenar’ yang hanya terdiri daripada tisu dan lemak. Kes seperti itu jarang berlaku kerana hanya 40 kes pernah dilaporkan.

Kehadiran ekor itu menghairankan pakar-pakar kerana bayi perempuan berkenaan dilahirkan oleh ibu dan bapa yang sihat berusia lewat 20-an. Mereka juga tidak mempunyai sejarah pendedahan radiasi dan jangkitan dalam rahim, jelas kajian tersebut.

Doktor mengesahkan bayi tersebut sihat sepenuhnya sebelum memutuskan untuk memotong ekor itu. Pembedahan itu berjalan lancar dan bayi berkenaan kemudian dibenarkan keluar dari hospital. – Agensi 

 

POPULAR