fbpx

Amboi Fify Azmi! Nak bersenam ke tayang badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN Fify Azmi (kanan) bersama adik kembarnya yang mencuri perhatian dalam TikTok.

BARU-BARU ini, nama Fify Azmi naik lagi dalam senarai gosip Diva. Bukan kerana hubungan cinta tetapi gara-gara set pakaian bersenam warna merah yang dipakai dalam sebuah video.

Kata netizen, baju tersebut agak mencolok mata kerana ketat sehingga menampakkan bahagian tidak sepatutnya. Dalam video tersebut, dia dilihat menari dengan memakai seluar pendek sendat paras paha dan ‘sport bra’.

Mungkin untuk Fify, itu hanya pakaian biasa tetapi bagi orang lain, tidak selesa melihatnya.

Diva pun tak mahulah perkara-perkara remeh sebegini terpalit pada Fify sebab sepanjang mengenalinya, budi bicaranya sangat bagus.

Harap Fify akan lebih berhati-hati selepas ini memilih apa sahaja pakaian yang hendak dipakai sebelum berkongsi dalam media sosial. Tegur tanda sayang!

DIVA: Bila pula agaknya nak merasa nasi minyak Fify dan Nafiez Zaidi ya?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI