fbpx

1.2 juta cucuk Sate Temeen terjual tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembukaan restoran Temeen Sate House di Jerantut, Pahang pada 2019 melonjakkan jualan sate Zulhaffiz.

JERANTUT – Sate Temeen yang popular kerana bersaiz besar, sedap dan lembut mencapai jualan 1.2 juta cucuk pada 2021.

Pengasasnya, Zulhaffiz Mamat berkata, beliau hanya menjual sekitar 300 cucuk sate sehari ketika memulakan perniagaan pada Oktober 2014.

“Peringkat permulaan, kami buat sate dan hantar ke kedai makan waktu pagi. Masa itu, saya dan mak proses semuanya di dapur rumah dengan menggunakan apa yang ada di tangan.

“Beli bahan mentah modal pun tak sampai RM1,000. Berniaga masa itu sekadar nak dapat duit poket untuk saya sendiri,” katanya.

Bercita-cita mahu mengembangkan perniagaan, Zulhaffiz mengambil keputusan untuk mengikuti program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) anjuran RichWorks pada 2016.

“Saya banyak betulkan mentaliti, berubah kepada ada matlamat untuk capai sesuatu lebih besar daripada yang sudah dicapai sebelum ini.

“Jadi, balik dari IMKK saya letak matlamat suatu hari nanti nak buka restoran pertama di Jerantut,” jelasnya.

Setelah mengikuti program Spire dan impian membuka restoran menjadi realiti pada 2019, syarikat Zulhaffiz mencapai jualan RM1.6 juta pada tahun sama.

Tahun berikutnya, Zulhaffiz menyertai program pementoran Titanium dan berjaya menukar status syarikat daripada enterprise kepada Sdn. Bhd.

“Alhamdulillah, pembayaran gaji kakitangan dapat dikemas kini, bahkan jualan kami pada 2020 catat RM2.01 juta, meningkat kira-kira RM400,000 berbanding tahun sebelumnya,” ujarnya.

Bagi yang mahu menikmati kelazatan Sate Temeen, anda boleh layari Facebook Temeen Sate House.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI