fbpx

Pemburu paranormal rakam muka hantu budak dalam terowong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATERMAN berjaya merakam imej itu menggunakan kamera. - Colin Waterman

LONDON – Sekumpulan pemburu hantu di Britain merakam ‘wajah kanak-kanak’ menggunakan kamera ketika menjalankan siasatan mengenai aktiviti paranormal di sebuah kubu yang didakwa berhantu, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Imej itu dirakam ketika mereka menjalankan siastaan di Ford Horsted, sebuah lokasi yang terkenal dengan penampakan makhluk halus.

Ketika kejadian, pasukan pemburu daripada kumpulan penyiasat paranormal, Hunter Tours telah membawa sekumpulan peminat hantu masuk ke dalam sebuah terowong bawah tanah. 

Mereka ketika itu hanya membawa lampu suluh untuk menerangi jalan. 

Semua peserta kemudian mendakwa mereka mendengar bunyi seperti sesuatu sedang mengesot di lorong gelap itu.

Salah seorang peserta, Colin Waterman, 41, berjaya merakam imej tersebut menggunakan kamera di kubu yang terletak di bandar Rochester, daerah Kent.

“Kami bermain papan Ouija (papan memanggil makhluk halus). Kami ingin melihat sama ada terdapat roh di kawasan itu dan hantu kanak-kanak memberi maklum balas.

“Ia mengeja huruf. Kami bertanya ‘adakah anda budak kecil’ dan ia menjawab ‘ya’. Ia berkata bahawa dia (budak lelaki) telah meninggal dunia di sana ketika masih kecil,” kata Waterman kepada laman berita KentLive.

Waterman hanya menyedari kehadiran hantu kanak-kanak itu di dalam gambar setelah dia pulang ke rumah. 

“Saya melangkau gambar itu dan berhenti seketika sebelum zum secara dekat dan dapat melihat satu wajah kecil. Saya terus memberitahu ahli lain dan mereka hampir tidak mempercayainya,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI