fbpx
Wan Aishah (tengah, belakang) bersama suami dan anaknya hadir pada Pertandingan Pakaian Klasik sempena Hari Mahsuri di Langkawi, hari ini.

[VIDEO] Generasi ketujuh Mahsuri kembali ke Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Kehadiran waris ketujuh Mahsuri bersama ahli keluarganya menarik perhatian pengunjung yang menghadiri Pertandingan Pakaian Klasik sempena Hari Mahsuri di sini hari ini.

Wan Aishah Wan Nawawi, 37, berkata, beliau gembira apabila diterima baik oleh orang Langkawi dan pelancong ketika hadir pada program tersebut.

“Setiap kali saya datang ke Langkawi, tempat pertama yang saya akan lawati adalah Makam Mahsuri.

“Saya berasa seperti pulang ke rumah setiap kali ke Makam Mahsuri,” katanya selepas bergambar bersama peserta Pertandingan Pakaian Klasik bersempena sambutan ulang tahun ke-20 Langkawi SkyCab di Oriental Village, di sini hari ini.

Wan Aishah turut ditemani suaminya, Alee Tongyon, 40, dan anak lelaki mereka, Abdul Matin Alee, 6.

Ketibaan Wan Aishah dan keluarganya disambut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Nasaruddin Abdul Muttalib.

Wan Aishah dikatakan menamatkan sumpah tujuh keturunan Mahsuri ke atas pulau tersebut selepas dibunuh angkara fitnah.

Pulau legenda itu juga mendapat status pulau bebas cukai setahun selepas Wan Aishah dilahirkan pada 1986.

Sementara itu, Nasaruddin turut menyatakan kehadiran waris Mahsuri ke program itu dapat membantu merancakkan lagi industri pelancongan di situ. – KOSMO! ONLINE

POPULAR