fbpx

Mohd. Shafie, Megat Zulkarnain dilantik Ahli MKT baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Shafie dan Megat Zulkarnain

PETALING JAYA- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Datuk Seri Mohd. Shafie Abdullah dan Datuk Megat Zulkarnain Omardin telah dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang baharu.

Katanya, pelantikan tersebut telah dilakukan pada mesyuarat MKT Rabu lalu yang juga menyaksikan Datuk Suraya Yaacob dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Mohd. Shafie Abdullah (Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju) dilantik sebagai ahli MKT dan Megat Zulkarnain (Ketua Bahagian Gombak) mengganti Tan Sri Noh Omar sebagai Pengerusi Perhubungan Selangor.

Suraya Yaacob pula sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

“Mesyuarat UMNO pada Rabu lalu telah berlangsung selama hampir empat jam dan mesyuarat berjalan dalam suasana tenang bermula dengan sumpah kerahsian dua ahli yang baru dilantik.

“Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi ruang seluasnya untuk semua memberikan pandangan iaitu seramai 31 orang ahli telah berucap,” katanya menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Ahmad juga pada masa yang sama turut meluahkan kekesalan kerana beberapa perbincangan telah disalah tafsir dan disebarkan di media sosial.

“Adalah tidak wajar jika ada sesiapa ahli MKT melaporkan dalam media sosial apa jua petikan yang dibuat di luar konteks dan tidak pula betul. Ini melanggar tatasusila mesyuarat.

“Kenyataan media yang dikeluarkan atas nama saya telah dibacakan terlebih dahulu dalam mesyuarat itu untuk dipersetujui,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI