fbpx

Han So-hee cuma kurus, bukan sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAN SO-HEE

KEMUNCULAN aktres jelita Han So-hee dalam sebuah video temu bual bersama majalah Vogue Thailand baru-baru ini mencetuskan kerisauan peminat.

Semuanya kerana peminat mendapati berlaku perubahan drastik pada fizikal So-hee yang kelihatan sangat kurus berbanding kebiasaan.

Dalam video tersebut, pelakon siri My Name itu mengenakan ‘jumpsuit’ tanpa lengan berwarna hitam, sekali gus menonjolkan bahagian tangannya yang kelihatan sangat kurus seperti hanya tinggal tulang.

Menepis kebimbangan peminat, agensi 9ato Entertainment tampil meyakinkan semua bahawa aktres itu dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Video temu ramah tersebut yang sedang menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat merupakan rakaman yang dibuat baru-baru ini.

“Tetapi tiada sebarang masalah membabitkan kesihatan Han So-hee. Dia tak sakit dan baik-baik saja,” kata agensi tersebut.

Video tersebut dirakam ketika So-hee menghadiri sebuah acara jenama jam tangan terkenal, Omega yang berlangsung di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI