fbpx

Bimbingan bisnes buat Nana Mahazan hijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NANA Mahazan merupakan salah seorang daripada lebih 300 usahawan yang mendapatkan pementoran Titanium untuk terus perkukuhkan dan mengembangkan lagi bisnes ke tahap lebih tinggi.

KUALA LUMPUR – Siapa sangka, ilmu bimbingan dalam bisnes menjadi titik tolak penghijrahan pengacara Nana Mahazan untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

Menurut Pengasas Nana Mahazan Beauty itu, dia umpama dalam pencarian jiwa ketika dibimbing oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

“Hijrah saya bila belajar dan apabila Dr. Azizan tunjukkan yang apapun berlaku atas izin Allah SWT.

“Kita sebagai hamba perlu buat apa untuk mengembirakan-Nya,” katanya dalam sebuah video yang dikongsikan dalam laman Facebook Azizan Osman Official baru-baru ini.

Nana Mahazan merupakan salah seorang daripada lebih 300 usahawan yang mendapatkan pementoran Titanium untuk terus perkukuhkan dan mengembangkan lagi bisnes ke tahap lebih tinggi.

Dr. Azizan bersama RichWorks International Sdn. Bhd. menyediakan solusi end to end keusahawanan yang sudah melatih dan membimbing bangsa usahawan di negara sejak 2008 lagi.

Nana menambah, secara jujurnya beliau belajar lebih tentang agama dengan Dr. Azizan.

“Saya sertai bagi belajar bisnes namun dalam masa sama belajar tentang betapa cantiknya Islam itu.

“Nana tahu mengapa kita perlu kaya. Sebab kita faham apa tujuan yang bukan saja untuk dunia tetapi juga membina akhirat,” luahnya lagi.

Bagi netizen yang kata bermacam-macam, Nana faham keadaan mereka kerana tidak tahu apa yang berlaku bila dibimbing Dr. Azizan dan RichWorks.

“Bukan saja dengan bisnes, kami (ahli Titanium) mulakan hari dengan bacaan Ratib Al-Attas dan diikuti tazkirah setiap hari yang menjadi makanan jiwa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI