fbpx

6 Exco Perlis angkat sumpah hari ni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan Exco bergambar kenangan bersama Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Syed Faizuddin di Istana Arau di sini hari ini

ARAU – Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri (Exco) di Istana Arau, di sini semalam.

Kesemua mereka mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Enam ADUN tersebut mengangkat sumpah jawatan dengan didahului ADUN Santan, Azmir Azizan, Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Izizam Ibrahim (Titi Tinggi).

Tiga lagi ialah Megat Hashirat Hassan (Pauh), Wan Badariah Wan Saad (Mata Ayer) dan Razali Saad (Simpang Empat). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI