fbpx

Sajat berang dipertikai ada di Malaysia gara-gara pelekat peti sejuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar siaran langsung di TikTok Sajat.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pengguna TikTok yang mendakwa usahawan penuh kontroversi, Sajat Kamaruzzaman berada di Malaysia gara-gara pelekat di peti sejuk undang tawa orang ramai.

Menerusi siaran langsung di akaun TikTok milik Sajat yang sedang menjawab pertanyaan seorang netizen yang mendakwa dirinya berada di Malaysia kerana pelekat di peti sejuk yang kelihatan seperti pelekat peti sejuk di Malaysia.

Sajat yang kelihatan bingung dengan pertanyaan pengguna TikTok tersebut seterusnya menunjukkan pelekat tersebut dengan jarak yang lebih dekat.

“Adik, cakap dekat mak awak, mak tengok ni mak, ‘compare models at www.energyrating.gov.au’. Kau tahu tak ‘AU’ itu apa? Australia.

“Kau ingat pelekat ini ada di Malaysia sahaja? Pelekat ini ada dekat Australia juga adik. Tolong lah adik, aku sudah penat dan terangkan dah. Faham tak?,” ujar Sajat sambil tertawa.

Menerusi komen di siaran langsung TikToknya, majoriti besar pengguna TikTok terhibur dan geli hati dengan gaya dan jawapan Sajat yang tidak jemu menjawab pertanyaan daripada orang ramai.

“Kan dah kena, kau tanya lagi soalan macam itu dekat Sajat, penatlah gelak sampai kejung perut,” komen pengguna TikTok.

“Lawak sungguh, bukan kata Sajat, aku sendiri pun pening dengan soalan kau adik, ada ke patut pelekat peti yang kau tengok,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

“Yang tanya soalan pun kelakar, yang jawab soalan pun lawak, eloklah korang bergabung buat lawak santai macam ni, hilang stres,” tulis pengguna TikTok yang lainnya.

Terdahulu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman pernah memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI