fbpx

PM10: Penyokong Anwar mula berkumpul di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara penyokong Anwar yang berkumpul di pekarangan Istana Negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Puluhan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sudah mula berkumpul di pekarangan Istana Negara bagi memberi sokongan kepadanya sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Seorang penyokong dikenali Mulia Sugeharto Muhammad Sauji, 42, mengharapkan Anwar sentiasa peka dalam membela nasib rakyat sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Harapan saya Anwar mampu bawa malayisa sebagai sebuah negara maju dan mampu menyatu padukan masyarakat di negara ini selain dapat memacu ekonomi yang sentiasa memenuhi aspirasi rakyat ketika ini,”kata penyokong itu yang hadir dari Klang.

Bagi Shaiful Azli Muhamad Surul, 41, berkata, beliau percaya Anwar mampu memupuk perpaduan diantara kaum memandangkan pemimpin berkenaan disifatkan mempunyai aura tersebut.

“Anwar seorang pemimpin yang sentiasa mempunyai teladan, saya percaya dia akan bawa kita semua bersama menikmati perpaduan diantara kaum di negara ini,” katanya.

Terdahulu, Anwar dijadualkan akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada pukul 5 petang ini.

Perkara itu dimaklumkan pihak Istana Negara dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan untuk melantik Ahli Parlimen Tambun selepas mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI