fbpx

PM10: Anwar tinggalkan Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan membawa Anwar bersama isteri, Wan Azizah beredar dari pintu utama Istana Negara selepas Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Istana Negara selepas selesai istiadat angkat sumpah hari ini.

Kenderaan membawa Ahli Parlimen Tambun yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilihat keluar kira-kira pukul 6.35 petang tadi.

Sementara itu, kelihatan Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga sempat melambaikan tangan kepada petugas media ketika melalui pintu utama Istana Negara.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu pagi tadi.

Difahamkan, selepas ini Anwar akan bergerak ke Sungai Long Golf & Club House untuk mengadakan sidang akhbarnya yang pertama selaku Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI