fbpx

Lelaki ragut warga emas di stesen minyak diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lelaki warga tempatan menyamun telefon bimbit milik warga emas pada Sabtu lalu.

PETALING JAYA – Seorang lelaki tempatan dicekup selepas disyaki terlibat dalam kes samun di sebuah stesen minyak di Jalan SS1/22, di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, mangsa seorang warga emas berusia 72 tahun disamun semasa menunggu isterinya bagi urusan mengundi pada  pukul 11 pagi hari berkenaan.

“Suspek yang menunggang motosikal meragut telefon bimbit milik mangsa.

“Dalam kejadian itu, mangsa tidak dapat mengecam nombor plat dan warna motosikal suspek,” katanya.

Walau bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bertindak atas maklumat, polis memberkas suspek berusia 28 tahun pada pukul 5.40 petang hari sama di tepi jalan PJS 5/30.

“Kami merampas pakaian yang digunakan suspek sewaktu melakukan kejadian itu dan telefon bimbit. Kita percaya dapat selesaikan tiga kes samun di daerah ini susulan tangkapan tersebut.

“Suspek yang memiliki 22 rekod jenayah dan satu rekod dadah direman sehingga esok,” katanya yang memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI