fbpx

Jeff Bezos derma AS$123 juta untuk banteras gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bezos memikirkan jalan terbaik bagi menyumbangkan sebahagian besar kekakayannya. - AFP

WASHINGTON – Bilionair, Jeff Bezos mendermakan sebahagian besar daripada kekayaannya iaitu sebanyak AS$123 juta (RM562.8 juta) bagi memenuhi ikrarnya untuk membanteras masalah gelandangan di seluruh dunia, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Pengasas Amazon itu mengumumkan di laman Instagram kelmarin bahawa beliau baru-baru ini telah menyumbang 40 geran sebagai sebahagian daripada inisiatif Bezos Day 1 Families Fund yang dilancarkan pada 2018.

Sumbangan itu adalah sebahagian daripada komitmen keseluruhan berjumlah AS$2 bilion (RM9.15 bilion) yang diperuntukkan bagi mengatasi masalah gelandangan.

Derma amal terbaharu itu dimaklumkan seminggu selepas Bezos ditemui bual oleh CNN di mana manusia keempat terkaya di dunia itu memberitahu rancangannya untuk menderma sebahagian besar kekayaannya yang bernilai AS$124 bilion (RM567 bilion) untuk sepanjang hidupnya.

Menurutnya, beliau akan menumpukan sebahagian besar kekayaannya untuk memerangi perubahan iklim dan menyokong pihak yang boleh menyatukan manusia dalam menyelesaikan perpecahan sosial dan politik yang mendalam.

Ia merupakan kali pertama Bezos mengumumkan rancangan untuk mendermakan kekayaannya. 

Beberapa pengkritik sebelum ini ‘menegur’ beliau kerana tidak menandatangani dokumen Giving Pledge, sebuah perjanjian dipersetujui beratus-ratus orang terkaya di dunia untuk menderma sebahagian besar kekayaan mereka atas tujuan amal.

Bezos bagaimanapun bertindak menjangkaui Giving Pledge dengan berkata bahawa keputusan itu memerlukan beliau berfikir untuk melakukannya dengan jalan yang membawa keuntungan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI