fbpx

Bayi kembar lahir ‘berusia 30 tahun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYI kembar itu dilahirkan pada 31 Oktober lalu di Portland, Oregon. - Pusat Pendermaan Embrio Kebangsaan

WASHINGTON – Sepasang bayi kembar di negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) mendapat pengiktirafan Guinness World Records kerana menjadi embrio paling lama dibekukan yang berjaya dilahirkan selepas tempoh 30 tahun, lapor laman berita Thaiger semalam.

Philip dan Rachel Ridgeway menyambut kelahiran kedua-dua bayi itu di bandar Portland pada 31 Oktober lalu.

Bayi mereka, Lydia mempunyai berat 2.5 kilogram, manakala Timothy ditimbang seberat 3 kilogram selepas dilahirkan. 

Pasangan itu sudah mempunyai empat anak, tiga perempuan dan seorang lelaki, namun merancang untuk mempunyai lebih ramai anak. Mereka kemudian menyertai program untuk mencari embrio yang sudah lama menunggu ibu bapa.

“Kami mencari embrio yang tidak diinginkan dan sudah begitu lama menunggu ibu bapa,” kata Rachel.

Philip menambah: “Saya berusia 5 tahun ketika Lydia dan Timothy (dalam bentuk embrio) dibekukan. Daripada sisi lain, mereka anak kami paling sulung walaupun paling kecil.”

Menurut Pusat Pendermaan Embrio Kebangsaan (NEDC), embrio Lydia dan Timothy telah didermakan oleh sepasang suami isteri melalui rawatan Persenyawaan in Vitro (IVF). Nama mereka bagaimanapun tidak didedahkan.

Lelaki itu berusia 50 tahun dan mereka menggunakan penderma telur berusia 34 tahun. Embrio itu kemudian dibekukan pada 22 April 1992.

Ia disimpan selama tiga dekad dalam peranti seperti tangki gas di atas penyedut minuman kecil dalam cecair nitrogen bersuhu hampir -200 darjah Celsius.

Pasangan kembar itu mengatasi rekod lama disandang oleh Molly Gibson, yang dilahirkan daripada embrio berusia hampir 27 tahun pada 2020. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI