fbpx
PASUKAN Senegal semakin tempang bagi mengharungi Piala Dunia Qatar 2022 apabila tonggak utama, Kouyate dan Abdou mengalami kecederaan selepas tewas kepada Belanda awal pagi semalam. – AFP

Piala Dunia: Nasib Senegal bertambah malang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA – Kekalahan pertama Senegal pada aksi pembukaan Piala Dunia 2022 di Qatar menjadi pengajaran berguna buat skuad kendalian Aliou Cisse, sekali gus menuntut jentera serangan pasukannya itu lebih tajam.

Senegal tewas 0-2 kepada Belanda di Stadium Al Thumama awal pagi semalam, sekali gus menyaksikan skuad The Oranje melebarkan rekod tanpa kalah di bawah bimbingan Louis van Gaal kepada 16 perlawanan.

Sudah pasti ketiadaan penyerang terbaik Senegal, Sadio Mane yang diketepikan akibat kecederaan menyebabkan barisan serangan skuad Lions of Teranga tumpul.

Pada aksi kelmarin, jaringan Cody Gakpo dan pemain gantian Davy Klaassen membolehkan Belanda meraih tiga mata bersama Ecuador yang sebelum itu menewaskan Qatar.

“Kami kecewa kerana tidak menjaringkan gol, kami mempunyai dua atau tiga peluang yang sangat baik. Kami perlu lebih tajam di hadapan gawang.

“Ismaila Sarr dan Krepin Diatta bertanggungjawab mengemudi barisan hadapan, tetapi sudah tentu ketiadaan Mane menjadi masalah bagi kami.

“Penyerang kami bagus dan kami tahu kemampuan mereka. Ia adalah perlawanan mencabar. Kami perlu bekerja keras untuk menjelmakan gol bersama Ismaila dan yang lain. Kami mengharapkan banyak daripadanya dan Krepin,” kata Cisse semalam.

Pada masa sama, kekalahan Senegal turut dibayar harga mahal apabila pemain tengahnya, Cheikhou Kouyate dan pemain pertahanan kiri, Abdou Diallo bakal merencatkan momentum pasukan tersebut.

“Saya bimbang dengan pemain yang cedera. Abdou me­ngalami kecederaan otot dan Kouyate pula di bahagian buku lali. Apapun, kami perlu jalankan pemeriksaan dan memastikan mereka bersedia untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Senegal seterusnya akan menentang Qatar pada Jumaat ini sebelum berdepan Ecuador 29 November nanti. – AGENSI

POPULAR