fbpx

Gempa bumi kuat gegar barat laut Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Struktur yang runtuh dirakam di luar sebuah mahkamah di Duzce, semalam. - AA

ANKARA – Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan barat laut Turkiye awal pagi ini dan mencederakan sekurang-kurangnya 50 orang.

Gempa bumi cetek itu melanda kira-kira 170 kilometer (km) di timur Istanbul, bandar terbesar negara itu, di mana gegarannya dirasai dengan kuat. 

Pihak berkuasa Turkiye berkata, gempa bumi itu direkodkan berukuran 5.9 pada skala Richter, lebih rendah daripada skala 6.1 yang dikeluarkan oleh Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gempa cetek itu terletak di daerah Golyaka, wilayah Duzce dan turut menggegarkan bandar-bandar lain yang berdekatan.

“Kami dikejutkan dengan bunyi bising dan gegaran yang kuat. Kami keluar dari rumah dalam keadaan panik dan perlu menunggu di luar,” kata salah seorang penduduk Duzce, Fatma Colak.

Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu yang melawat Golkaya berkata, seorang penduduk cedera parah selepas melompat dari balkoni kerana panik. Beliau memaklumkan bahawa 70 gegeran susulan telah direkodkan selepas itu.

Imej kejadian memaparkan orang ramai yang berselimut dilihat berada di luar rumah pada awal pagi. Sebilangan mereka menghampar selimut di lantai dan menyalakan api untuk menghangatkan badan.

Soylu berkata, selain beberapa bangsal yang musnah, tiada laporan kerosakan teruk atau bangunan runtuh. Pemantauan bagaimanapun diteruskan.

Menurut Agensi bencana negara, AFAD, bekalan elektrik diputuskan secara terkawal di wilayah Duzce supaya penduduk tidak panik. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI