fbpx

Abdul Latif terima Ijazah Kehormat UniMAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyampaikan Ijazah Kehormat Sarjana Sains Kemanusiaan kepada Abdul Latif pada Istiadat Konvokesyen UniMAP ke-16 di Arau, hari ini.

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menganugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Sains Kemanusiaan kepada jaguh paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly pada Istiadat Konvokesyen Ke-16 universiti itu di sini hari ini.

Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan Ijazah Kehormat tersebut.

Dua lagi penerima ialah Datuk Dr. Ir. Ts. Annuar Mohd. Saffar yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan dan Profesor Dr. Shinji Shimada dengan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada tiga penerima Ijazah Kehormat berkenaan.

“Jasa bakti mereka (penerima Ijazah Kehormat) bukan sahaja kepada UniMAP tetapi juga kepada pembangunan masyarakat dan negara,” katanya ketika berucap pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen ke-16 UniMAP di sini hari ini.

Kata beliau, selain anugerah itu, sidang satu konvokesyen itu turut melibatkan penyampaian empat anugerah khas kepada 11 penerima, 56 Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan 116 ijazah sarjana.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI