fbpx

Piala Dunia: Beban Messi makin ringan – Scaloni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINEZ (tengah) digesa untuk memainkan peranan lebih besar dalam usaha meringankan beban Messi di bahagian serangan Argentina. – AFP

DOHA – Pengendali Argentina, Lionel Scaloni menganggap kualiti yang ada pada Lautaro Martinez bakal meringankan beban Lionel Messi untuk memacu pasukan raih kejayaan pada Piala Dunia kali ini.

Skuad La Albiceleste akan membuka tirai saingan kali ini menentang wakil Asia, Arab Saudi di Stadium Lusail dan tumpuan pastinya lebih terarah kepada Messi yang menjadi penampilan terakhirnya di kejohanan ini.

Argentina juga sedang berada pada momentum terbaik selepas menjuarai Copa America tahun lalu dan Scaloni percaya Martinez akan memainkan peranan besar kepada pasukan.

“Agak mengerikan apabila ada yang mengatakan kami tidak boleh memenangi pertandingan ini. Tetapi, kejayaan di Copa America jelas menafikan segala andaian ini.

“Ia akan mengurangkan beban Leo dan orang ramai mula yakin dengan pasukan ini. Detik perubahan mula ditanam lebih awal sejak kami tewas kepada Brazil di Copa America pada dua tahun sebelum itu (2019),” katanya.

Martinez melakukan debut bersama Argentina pada 2018 dan kini mengumpul 40 kaps dan menghasilkan 21 gol sekaligus menyakinkan lagi Scaloni.

“Dia adalah pemain asas dan individu berharga bagi kami. Dia sudah menghadirkan impak de­ngan menyumbangkan jaringan dan semangat buat pasukan.

“Apabila dia hadir ke dalam pasukan, kami tahu dia yang akan menggalas tugas pe­nyerang. Dia sudah bermain dengan cukup baik di Inter Milan, jadi dengan pengetahuan dan keinginannya akan menjadi perkara asas terpenting buat kami,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI