fbpx

Bekas jutawan jual sosej tepi jalan untuk bayar hutang lebih RM29 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tang Jiang yang merupakan bekas jutawan sanggup menjual sosej di jalanan untuk membayar hutangnya yang bernilai jutaan yuan. - Oddity Central

BEIJING – Seorang bekas jutawan yang bankrap di China, Tang Jian menjadi tajuk utama berita kerana beliau merancang untuk membayar hutangnya sebanyak 46 juta yuan (RM29.4 juta) dengan menjual sosej panggang di gerai makanan di tepi  jalan.

Menurut Asian One, Jian, 52, mendapat pujian daripada orang ramai di negara komunis itu dengan rancangannya untuk mengumpulkan wang dengan membuka gerai di bandar Hangzhou, timur China untuk membayar balik hutangnya.

Bekas jutawan itu berhutang melibatkan jutaan yuan selepas beliau jatuh muflis, menurut laporan Qianjiang Evening News.

Jian yang merupakan pemilik restoran di bandar Hangzhou, China dianggap sebagai salah seorang ahli perniagaan paling berjaya di seluruh Wilayah Zhejiang. 

Pada usia 36 tahun, beliau sudah memiliki rangkaian restoran dan telah mengumpulkan kekayaan tetapi pada tahun 2005, Jian memutuskan untuk melabur sebahagian besar wangnya ke dalam industri kejuruteraan dan beliau mengalami kerugian serta dibebani dengan hutang.

Beliau juga terpaksa menjual restoran, rumah dan keretanya dan berdepan hutang jutaan yuan,  menyebabkan idea mendapat idea menjual sosej.

Bekas jutawan itu pernah berkata dalam satu wawancara bahawa beliau pernah dilahirkan tanpa mempunyai ‘apa-apa’ dan perlu terus belajar untuk menghadapi kesukaran dengan tenang dan mara ke hadapan dengan berani.

Kisah Jian dan video yang menunjukkan beliau mengendalikan gerai sosejnya di Zhejiang menjadi tular baru-baru ini dan memberikan inspirasi kepada ramai orang untuk mencari kekuatan dalam menghadapi kesukaran hidup. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI