fbpx

Lelaki tendang anak kucing berteduh daripada hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelaku berbaju merah mengusir anak kucing berkenaan dengan menendangnya beberapa kali telah ditangkap dan dibuang kerja. - INSTAGRAM @pontianak_infomedia

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang lelaki menendang seekor anak kucing yang sedang berteduh daripada terkena hujan, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Kejadian dilaporkan berlaku di kota Pontianak, Pulau Kalimantan.

Menerusi rakaman itu, pelaku yang berbaju merah mengusir anak kucing berkenaan dengan menendangnya berkali-kali. 

Anak kucing itu dilihat sedang berteduh daripada terkena hujan yang lebat ketika kejadian. 

Rakaman yang dimuat naik di Instagram oleh akaun @pontianak_infomedia itu kemudian menjadi tular. 

Tindakan lelaki itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen, malah sebahagiannya mengecam perakam kerana tidak membantu anak kucing berkenaan. 

“Daripada melihat dan merakam, lebih baik menegur lelaki itu. Kalau saya, pasti saya sudah memukulnya (pelaku),” kata seorang netizen.

Menurut laporan, pelaku telah ditangkap dan dibuang kerja. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI