fbpx

Piala Dunia: Senegal tidak mahu terlalu ‘rindukan’ Mane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SENEGAL bakal turun dengan status juara Piala Negara-Negara Afrika pada saingan Piala Dunia kali ini. – AFP

DOHA – Juara benua Afrika, Senegal tetap optimis mampu mengutip tiga mata berharga pada aksi pertama Kumpulan A walaupun turun beraksi tanpa penggempur utama Bayern Munich, Sadio Mane.

Mane, 30, terlepas saingan Piala Dunia 2022 selepas dia terpaksa menjalani pembedahan susulan kecederaan kaki yang memerlukan proses pemulihan sekurang-kurangnya selama empat bulan.

Ia sememangnya tamparan besar buat Lions of Teranga, tetapi ketua jurulatihnya, Aliou Cisse percaya ketiadaan Mane mampu ditampung oleh jentera serangannya yang lain.

Penyerang Watford, Ismaila Sarr antara yang sudah bersedia memikul tanggungjawab mencari gol buat Senegal bermula dengan aksi bertemu Belanda di Stadium Al Thumama tengah malam ini.

“Saya sangat gembira kerana sekali lagi menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan. Saya sebenarnya sudah tidak sabar kerana beraksi di Piala Dunia adalah impian semua pemain.

“Ini adalah penampilan kedua saya di Piala Dunia. Walaupun tanpa Mane tetapi Senegal masih mempunyai barisan pemain yang mantap dan mampu mencipta kejutan.

“Kami datang ke sini untuk mencipta sejarah dan membanggakan seluruh rakyat Senegal. Kita tunggu dan lihat perlawanan pertama kami nanti,” kata Sarr.

Biarpun tidak pernah bertemu Belanda, tetapi Senegal mempunyai rekod cemerlang ketika melakukan persediaan de­ngan mencatat kemenangan 2-0 ke atas Bolivia dan seri 1-1 dengan Iran.

Belanda dijangka sukar untuk menembusi benteng pertahanan Senegal yang bakal dikawal kap­ten, Kalidou Koulibaly dan rakan sepasukannya di Chelsea iaitu penjaga gol, Edouard Mendy.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI