fbpx

Mahkamah Agung putuskan usia mengundi 18 tahun melanggar hak golongan muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARDERN berucap di Aotea Center di Auckland pada 22 Oktober lalu. – AFP

WELLINGTON – Mahkamah Agung New Zealand hari ini membuat keputusan bahawa usia mengundi semasa 18 tahun melanggar hak golongan muda sekali gus mendorong kerajaan melancarkan pelan untuk menurunkan usia tersebut kepada 16 tahun. 

Susulan keputusan itu, Perdana Menteri Jacinda Ardern segera memperkenalkan draf undang-undang untuk menurunkan usia mengundi, namun memberi amaran bahawa perubahan sukar dilaksanakan dan tidak boleh dikuatkuasakan sebelum pilihan raya umum 2023.

Ardern menyokong perubahan itu tetapi berkata, ia memerlukan sokongan 120 anggota Parlimen New Zealand.

“Saya secara peribadi menyokong penurunan usia mengundi tetapi isu ini bukan untuk saya yang memutuskan ataupun kerajaan. 

“Sebaliknya, sebarang perubahan kepada undang-undang pilihan raya memerlukan sokongan 75 peratus anggota Parlimen,” katanya kepada pemberita di Wellington.

Keputusan Mahkamah Agung itu merupakan penutup kepada kes berusia dua tahun yang dikemukakan oleh kumpulan Make it 16 tetapi hanya Parlimen  boleh menurunkan usia mengundi.

Bagaimanapun, keputusan Mahkamah Agung itu bermakna Parlimen kini melanggar hak asasi pengundi sekali gus memaksa anggota-anggota Parlimen menimbang untuk melakukan perubahan.

Hanya segelintir negara di dunia mempunyai usia mengundi 16 tahun khususnya Brazil. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI