fbpx

Gabungan parti: DAP sokong keputusan pimpinan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim Guan Eng.

GEORGE TOWN – DAP akan menyokong apa sahaja keputusan yang dibuat pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) berhubung gabungan bersama Barisan Nasional (BN) bagi membentuk Kerajaan Pusat.

Bagaimanapun, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, dia tidak boleh memberikan komen lanjut berhubung perkara berkenaan.

“Kita sebahagian daripada PH, jadi kalau ada gabungan, kita akan sokong.

“Saya tidak mahu cakap lebih daripada itu, ia adalah satu keputusan yang kita ambil bersama bukan sahaja dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tetapi bersama kepimpinan tertinggi PH,” katanya ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Guan Eng berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan gabungan yang dibentuk antara PH dan BN bagi membentuk Kerajaan Pusat.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai mesyuarat CEC yang berlangsung semalam di Kuala Lumpur.

“Perbincangan semalam janganlah tanya,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, semua keputusan berhubung pembentukan Kerajaan Pusat adalah tertakluk kepada keputusan parti.

“Saya tidak hadir mesyuarat CEC semalam, hari ini saya di sidang DUN, jadi saya tidak ada makluman terkini untuk mengulas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI