fbpx

Trafik sesak di Lebuh Raya Utara Selatan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik perlahan bermula dari Simpang Ampat ke Pedas Linggi Dan Yong Peng ke Simpang Renggam terus ke Kulai

PETALING JAYA -Susulan tiada pengumuman cuti esok, banyak kenderaan dilihat berasak di lebuh raya utama sejak tengah hari tadi.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dalam laporan melalui Twitter rasminya berkata, Lebuh Raya Utara Selatan, PLUS@E2, trafik perlahan bermula dari Simpang Ampat ke Pedas Linggi terus ke Persimpangan Port Dickson.

LLM berkata, lorong laluan ‘SmartLane’ diaktifkan dari Kilometer (Km) sehingga Km 263.1 arah Utara dari Persimpangan Port Dickson Utara ke Seremban.

Seterusnya, trafik juga perlahan bermula dari Yong Peng ke Simpang Renggam terus ke Kulai.

Beralih ke aliran trafik Lebuh Raya Utara Selatan, PLUS@E1, pertambahan kenderaan dari arah Selatan juga menjadi punca trafik sesak.

“Kenderaan bergerak perlahan bermula dari kawasan Pendang ke Sungai Petani Selatan, Permatang Pauh ke Perai dan Ipoh Utara ke Hentian Sebelah Simpang Pulai.

“Turut alami trafik sesak, bermula sekitar Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Gua Tempurung ke Sungkai, Tanjung Malim ke Bukit Tagar dan Bukit Tagar ke Rawang,” kata LLM.  – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI