fbpx

PRU15: PH kekal pendirian tidak bekerjasama dengan parti lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika ditemui sebelum meninggalkan pusat mengundi di SK Penanti di sini tadi. IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Pakatan Harapan (PH) mengekalkan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti bagi membentuk kerajaan sekiranya gagal mendapat majoriti dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau optimis Putrajaya mampu ditawan dengan sokongan luar biasa pengundi.

Menurutnya, beliau kekal dengan keputusannya seperti mana yang disuarakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

“Kita berperang untuk menang dan saya kekal dengan keputusan yang telah dibuat.

“Kami bertiga berjuang untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita,” katanya ketika ditemui selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, di sini hari ini.

Anwar yang juga calon kerusi Parlimen Tambun turut berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus melaksanakan tugas secara profesional.

“Saya harap SPR dapat jalankan tugas dengan baik, namun ada kebimbangan.

“Takut kadang-kadang keputusan memihak kepada (PH)….akan dilewatkan, tetapi saya percaya berdasarkan prestasi SPR setakat ini, kita mengharapkan mereka terus telus,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI