fbpx

Pelesit rempit kembali lepas gian di George Town

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aktiviti rempit dikatakan kembali beraksi di beberapa lokasi tumpuan di pusat bandar George Town, di sini pagi tadi.

GEORGE TOWN – Sekumpulan pelesit rempit cuba mengambil kesempatan sempena cuti kelepasan am pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan masing-masing melepaskan gian berlumba haram di beberapa lokasi tumpuan di negeri ini awal pagi tadi.

Kehadiran mereka seawal pukul 1.30 pagi itu telah menjadikan lokasi di Pantai Seagate, Padang Kota Lama, Bayan Baru dan Jalan Udini dekat E-Gate sebagai port menguji kehandalan.

Aktiviti yang sekian lama terhenti susulan kemalangan meragut nyawa lima penunggang motosikal di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, Julai lalu itu dilihat kembali rancak dengan penglibatan lebih 100 penunggang termasuk pembonceng lelaki dan wanita.

Difahamkan, kehadiran sebahagian mereka didapati selepas selesai aktiviti berkonvoi membawa bendera parti sebelum hari mengundi berlangsung pada pukul 8 pagi tadi.

Terkini, Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) memaklumkan jumlah pengundi yang telah keluar mengundi setakat pukul 12 tengah hari tadi adalah sebanyak 42 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI