fbpx

Lelaki ‘pokai’ isteri larikan wang loteri bersama kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS gagal mengembalikan wang Manit kerana ia berada di dalam akaun Angkanarat. - Thaiger

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand rugi besar apabila isterinya melarikan diri bersama kekasih gelap dengan membawa wang kemenangan loteri miliknya berjumlah 6 juta baht (RM762,993), lapor laman berita Thaiger semalam. 

Manit, 49, yang merupakan seorang penduduk di wilayah Isaan merangkul hadiah pertama dalam perjudian pada 1 November lalu. 

Dia kemudian memindahkan wang itu ke dalam akaun bank isterinya, Angkanarat, 45.

Kemenangan itu sepatutnya menjadi detik paling gembira dalam hidup Manit namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila Angkanarat melarikan wang itu untuk memulakan hidup baharu bersama kekasihnya.

Manit yang terkejut kemudian membuat laporan polis. Lelaki itu memberitahu polis bahawa dia dam isterinya telah hidup bersama selama 26 tahun dan mempunyai tiga anak.

Polis bagaimanapun memberitahu bahawa mereka tidak dapat mengembalikan wang Manit kerana ia berada di dalam akaun Angkanarat. Tambahan pula, pasangan itu tidak berkahwin secara rasmi. 

Polis mengesyorkan keluarga itu untuk cuba mencari jalan dengan menghubungi Angkanarat dan memujuknya untuk memulangkan wang tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI