fbpx

PRU15: 20 kertas siasatan, empat individu ditahan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sejumlah 20 kertas siasatan berhubung kesalahan semasa berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dibuka dan empat individu ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) , semalam.

Pengarah Operasi PRU15 PDRM, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, empat siasatan dibuka di Selangor dan Kuala Lumpur diikuti Sarawak (tiga) serta Sabah (dua).

Ditambah juga, Kedah, Perak, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu masing-masing merekodkan satu kertas siasatan.

“Dalam semua kesalahan yang dilakukan, empat individu ditahan membabitkan kes yang dilaporkan tiga di Pahang dan satu di Sarawak.

“Sebanyak 20 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427, 500,323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hazani, pihaknya turut menyiasat beberapa kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Jelas beliau, antara tangkapan yang dibuat semalam, tiga lelaki telah ditahan selepas menerima upah daripada satu individu bernama Alam Tiger untuk menaikkan banner berbaur fitnah buat calon Young Syefura Othman (Rara) di sekitar Bentong, Pahang.

“Pasukan unit logistik mangsa telah mendapati tiga banner yang berlainan berbaur fitnah dengan menyatakan ‘Rara tipu orang muda, Rara tipu hapus tol, rara tipu harga barang turun’ terhadap calon Pakatan Harapan P089 Bentong.

Pasukan Unit Logistik mangsa telah berjaya mengesan tiga lelaki tempatan yang telah menerima upah memasang banner tersebut daripada seorang individu Alam Tiger,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI