fbpx

59 buah rumah terjejas ribut di Tampin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR Zahira menunjukkan bahagian rumahnya yang rosak dalam kejadian ribut di Felda Pasir Besar, ketika ditemui hari ini.

TAMPIN – Sebanyak 59 buah rumah di Pasir Besar, Gemas, di sini, terjejas dalam kejadian ribut di kawasan berkenaan, petang semalam.

Salah seorang mangsa ribut, Narsham Abd Aziz, 73, berkata, ketika kejadian sekitar pukul 5 petang dia berseorangan di rumah kerana anak-anak masih belum pulang bekerja dan bunyi deruan angin serta atap-atap terangkat sangat menggerunkan.

“Sepanjang lebih 35 tahun saya menetap di Felda Pasir Besar, kejadian ribut macam ni tak pernah berlaku. Kalau berlaku pun membabitkan rumah penduduk yang terletak di kawasan lebih rendah. Kali ni saya menggigil dibuatnya, mujur anak sulong, Mohd Jonit, 57, pulang ke rumah dalam keadaan hujan lebat serta petir bagi melihat keadaan saya,” katanya ketika ditemui di Felda Pasir Besar, di sini, hari ini.

Anak bongsu mangsa, Nur Zahira Budin, 36, berkata, dia sudah merasa tidak sedap hati apabila hujan terlalu lebat dan angin tiba-tiba menderu datang semasa dia bekerja di sebuah kedai runcit berdekatan.

“Selepas kejadian mak hubungi saya bagitahu bumbung dan atap rumah sudah diterbangkan angin. Air hujan mencurah-curah masuk ke rumah. Banyak barang rosak dan kerugian juga agak besar dalam kejadian bencana alam ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemas, Datuk Abd Razak Ab Said berkata, kejadian berkenaan membabitkan tiga buah penempatan iaitu di kawasan felda serta sebuah taman perumahan yang mana 55 buah rumah terjejas serta empat buah rumah lagi di kawasan kampung.

Menurutnya, dalam kejadian yang sama, empat batang pokok turut tumbang di mana dua daripadanya mengenai sedikit struktur rumah dan dua lagi pokok tumbang mengenai wayar elektrik.

“Pada peringkat awal iaitu lewat petang semalam, kita mendapat maklumat 16 buah rumah terjejas dalam kejadian ini, namun jumlah Makin bertambah sehingga 12.30 tengah hari tadi, sebanyak 59 buah rumah telah dikenalpasti terjejas.

“Kebanyakkan rumah kerosakan membabitkan atap dan perabut, cuma di kawasan felda terdapat beberapa buah rumah mengalami kerosakan teruk sehingga 95 peratus. Kali terakhir kejadian ribut besar di kawasan ini adalah pada tahun 2014.

Menurutnya, peringkat awal pelbagai pihak termasuk pasukan penyelamat telah memberikan bantuan awal termasuk memasang kanvas di rumah penduduk dan tindakan seterusnya diketengahkan kepada Pejabat Daerah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI