fbpx

Wanita letak kaki atas kerusi dalam pawagam dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua wanita meletakkan kaki di atas kerusi hadapan pawagam.

PETALING JAYA – Tindakan beberapa orang wanita meletakkan kaki di atas kerusi hadapan di dalam sebuah pawagam mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Menerusi perkongsian dimuat naik oleh Epy Dira, dia meluahkan kekecewaan dengan sikap yang dipamerkan oleh kedua-dua individu tersebut.

Menurutnya, pengalamannya menonton filem menjadi terganggu dan mengakui tidak seronok lebih-lebih lagi melihat wanita berkelakuan tidak senonoh sedemikian.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai menyifatkan perlakuan berkenaan adalah biadap dan tidak prihatin terhadap orang sekeliling.

“Aku paling tak suka manusia perangai macam ini. Nampak sangat tiada adab. Memang tak suka,” luah Syafiq.

“Selain naik kaki, ada juga yang suka tolak kerusi dari belakang, dah tegur buat pekak sahaja,” kata Yana.

“Patutlah bau kerusi di pawagam macam apa. Kalau jadi kat aku, memang habis kaki dia aku tonyoh,” seloroh Ilham. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI