fbpx

Anak jumpa ayah lemas tersangkut jaring ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa lemas di sebuah palung di Parit 8 Gambut, Sungai Besar, hari ini.

SABAK BERNAM – Kehilangan seorang lelaki sejak semalam terungkai apabila ditemui lemas tersangkut pada jaring ikan miliknya di sebuah palung di Parit 8 Gambut, Sungai Besar di sini, hari ini.

Mayat mangsa berusia 55 tahun itu ditemui anaknya sendiri dalam keadaan terapung, pukul 7.55 pagi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, siasatan mendapati mangsa bersama isterinya memasang jaring tersebut petang semalam.

“Sehingga pukul 6 pagi tadi, wanita itu mendapati suaminya masih tidak pulang ke rumah.

“Anak mangsa kemudian pergi lokasi jaring dan terkejut melihat bapanya tersangkut,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Menurut beliau, punca kejadian antaranya dipercayai akibat tali yang terbelit pada lengan mangsa.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada kesan lebam atau kecederaan lain di tubuh mangsa yang boleh mengakibatkan kematian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat,” ujarnya.

Tambah Agus Salim, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI