fbpx

7 negara pertama bakal terima dana bencana iklim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aktivis iklim melakukan demonstrasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sharm el-Sheikh semasa persidangan iklim COP27 kelmarin. - AFP

SHARM EL SHEIKH, MESIR – Negara-negara Kumpulan Tujuh (G7) melancarkan inisiatif yang digelar Global Shield semasa sidang kemuncak Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2022 atau COP27 kelmarin, lapor laman berita Wion News. 

Program itu bertujuan untuk menyediakan pembiayaan segera kepada negara dilanda kesan buruk akibat perubahan iklim. 

Keputusan yang diselaras oleh negara pengerusi G7, Jerman itu akan menyediakan akses pantas kepada dana untuk perlindungan insurans dan bencana seperti banjir, kemarau dan taufan.

Program tersebut dibangunkan dengan kerjasama blok ‘V20’ iaitu kumpulan 58 negara yang terdedah kepada iklim yang dipengerusikan oleh Ghana. 

Satu kenyataan daripada Berlin menamakan tujuh negara termasuk Bangladesh, Costa Rica, Fiji, Ghana, Pakistan, Filipina dan Senegal sebagai penerima pertama pakej itu yang akan dibangunkan dalam beberapa bulan akan datang.

Jerman telah menyumbang AS$175.17 juta (RM804 juta) dalam bentuk pembiayaan kepada Global Shield, manakala negara-negara lain termasuk Denmark dan Ireland menyumbang sekitar AS$41 juta (RM188.18 juta).

“Ini bukan taktik untuk mengelak rundingan rasmi mengenai peraturan pembiayaan kerugian dan kerosakan. 

“Global Shield bukan satu-satunya penyelesaian untuk kerugian dan kerosakan. Kita memerlukan pelbagai penyelesaian lagi,” kata Menteri Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan Jerman, Svenja Schulze.

Bagaimanapun, beberapa negara yang terdedah (kepada bencana alam) masih belum ‘dipujuk’ (menerima dana) kerana tidak jelas mengenai ‘unsur insurans’ dalam perjanjian itu.

“Menggunakan insurans adalah kaedah di mana mangsa membayar, hanya secara ansurans pada mulanya,” kata utusan khas bahagian kewangan iklim, Avinash Persaud kepada Perdana Menteri Barbados, Mia Mottley. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI