fbpx

Sukar tidur, Caprice, isteri disihir?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENGALAMI masalah sukar tidur, Caprice tidak menyangka dia dan isteri, Farra Inalis mengalami gangguan sihir.

PETALING JAYA – Kerap mengalami masalah sukar tidur, penyanyi rap sensasi Caprice tidak menyangka dirinya menjadi mangsa gangguan sihir.

Menurut Caprice dalam satu hantaran Instagram, isterinya, Farra Inalis turut menjadi mangsa ilmu hitam tersebut.

Disebabkan masalah tidur yang berlarutan, pelantun lagu Baby Sayang itu terpaksa mengambil ubat untuk menangani perkara tersebut.

“Pada awalnya saya fikir tidur selama tiga hingga empat jam adalah perkara biasa kerana banyak kerja sejak kebelakangan ini.

“Saya pun pelik mengapa masih bertenaga sedangkan waktu tidur tidak mencukupi. Sampaikan sudah ambil ubat tidur pun tetap tidak berkesan,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Ujar pemilik nama lengkap Ariz Ramli itu, keadaan tersebut dikesan selepas dia menerima rawatan daripada seorang pakar perubatan Islam yang dikenali sebagai Tok Singa.

“Akhirnya sahabat saya, Tok Singa yang datang dari Kedah merawat dan kenal pasti bahawa ada unsur sihir.

“Insya-Allah saya dan isteri dapat lawan dan segera sembuh,” katanya lagi.

Sementara itu, terdapat juga netizen berpendapat gangguan sihir tersebut berpunca daripada kelantangannya berkaitan pebagai isu.

Malah, ada yang berpendapat gangguan sihir yang didakwa Caprice itu hanya berpunca daripada masalah kegelisahan atau anxiety yang dialaminya sebelum ini.

“Sebab itulah jangan sibuk hal orang lain dan akhirnya terkena sihir,” komen seorang netizen.

“Caprice mengalami anxiety sebelum ini dan perkara itu pun boleh membawa kepada masalah sukar tidur,’ kata seorang lagi pengikut Instagramnya.

Sekitar Mei lalu, dia pernah mendedahkan rumah tangganya diuji apabila mendakwa isterinya terkena gangguan sihir sehingga jatuh sakit selama tujuh bulan dipercayai akibat perbuatan khianat individu tertentu.

Rentetan daripada hal itu, isterinya beberapa kali bertemu dengan ustaz bagi membantu merawat kesan sihir.

Sekitar Jun lalu, dia pernah mendedahkan rumah tangganya diuji apabila mendakwa isterinya terkena gangguan sihir sehingga jatuh sakit selama tujuh bulan dipercayai akibat perbuatan khianat individu tertentu.

Rentetan daripada hal itu, isterinya beberapa kali bertemu dengan ustaz bagi membantu merawat kesan sihir.

Antara usaha dilakukan untuk membantu merawat isteri tercinta ialah memasang alunan ayat al-Quran dan ayat Ruqyah bagi melindungi diri daripada gangguan jin dan penawar sihir.

 

Caprice sebelum ini sering menjadi mangsa kecaman orang ramai apabila kerap ‘campur tangan’ dalam beberapa isu hangat termasuk kes mahkamah melibatkan keluarga ternama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI