fbpx

PRU15: 6,423 pegawai, anggota PDRM undi awal di Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis beratur menunggu giliran membuang undi dalam tinjauan proses undi awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman di sini, hari ini. -FOTO/MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Proses pengundi awal melibatkan anggota polis serta ahli keluarga masing-masing di Dewan Badminton, Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Ibu Pejabat Polis (IPP) Bukit Aman, di sini bagi Parlimen Lembah Pantai sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula seawal pukul 8 pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, seramai 118,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam proses pengundian awal bagi PRU15 hari ini.

Katanya, sebanyak 970 saluran serta 661 pusat pengundian awal di antara pukul 8 pagi hingga 5 petang.

“Seramai 6,423 pegawai dan anggota PDRM yang menjalani proses pengundian awal manakala 1,511 pemilih lagi mengundi secara pos.

“Hasil pemantauan mendapati proses mengundi kali ini antara yang paling sistematik dan lancar berbanding PRU sebelumnya,” katanya dalam sidang media selepas membuang undi di IPP Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Menurutnya, maklum balas berkenaan diperoleh daripada pemerhati Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beliau juga berharap keseluruhan proses dapat dilaksanakan mengikut tempoh ditetapkan.

“Saya percaya setiap pegawai dan anggota mempunyai pandangan dan pengetahuan tersendiri untuk membantu bagi membuat pilihan tepat.

“Bukan sahaja memastikan negara kuat, stabil dan kukuh dari segi ekonomi malah dari segi aspek keselamatan serta ketenteraman,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dan Pengarah Pengurusan, Datuk Zaini Jass. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI