fbpx

326 orang terbunuh dalam protes Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sorotan video yang diterbitkan pada 11 November lalu menunjukkan orang ramai menunjuk perasaan di Khash, wilayah Sistan-Baluchistan, Iran. – AFP

PARIS – Pasukan keselamatan telah membunuh sekurang-kurangnya 326 orang dalam tindakan keras terhadap penunjuk perasaan di seluruh Iran selepas kematian Mahsa Amini yang berada dalam tahanan polis, kata pertubuhan Hak Asasi Manusia Iran(IHR) kelmarin.

Iran dibelenggu protes yang tercetus sejak kematian Mahsa pada 16 September lalu, tiga hari selepas dia ditahan kerana dakwaan melanggar etika berpakaian untuk wanita.

“Sekurang-kurangnya 326 orang  termasuk 43 kanak-kanak dan 25 wanita dibunuh oleh pasukan keselamatan semasa protes anti kerajaan yang berterusan di seluruh Iran,” kata IHR yang berpangkalan di Oslo dalam satu kenyataan di laman webnya.

Bilangan korban terbaharu itu mewakili peningkatan sebanyak 22 orang. IHR  mengeluarkan angka kematian sebelum ini pada 5 November lalu.

Ia termasuk sekurang-kurangnya 123 orang yang terbunuh di Sistan-Baluchistan. Wilayah itu bersempadan dengan Pakistan dan terletak di tenggara Iran. 

Kebanyakan mereka terbunuh pada 30 September lalu apabila pasukan keselamatan Iran melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan selepas solat Jumaat di Zahedan yang merupakan  ibu negeri wilayah Sistan-Baluchistan. Aktivis-aktivis hak asasi manusia menggelar pembunuhan beramai-ramai yang berlaku itu sebagai ‘Jumaat Berdarah’. 

Protes di Sistan-Baluchistan tercetus ekoran  dakwaan seorang gadis berusia 15 tahun diperkosa oleh seorang komander polis di bandar pelabuhan Chabahar, wilayah berkenaan ketika mangsa berada dalam tahanan polis.

Pengarah IHR,  Mahmood Amiry-Moghaddam menggesa masyarakat antarabangsa bertindak secepat mungkin untuk menghentikan tindakan keras itu.

“Mewujudkan mekanisme penyiasatan dan akauntabiliti antarabangsa oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan membantu dalam mempertanggungjawabkan pelaku pada masa hadapan dan meningkatkan hukuman ke atas penindasan berterusan oleh pemerintah Iran,” katanya dalam kenyataan itu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI