fbpx

Wanita Palestin-Amerika menang undi rakyat AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruwa diundi dalam pilihan raya separa penggal minggu ini untuk mewakili District 97 di Georgia. - Twitter/@Ruwa4Georgia

WASHINGTON – Seorang wanita mencatat sejarah apabila menjadi warga berketurunan Palestin-Amerika pertama yang dipilih memegang jawatan awam di negeri Georgia, Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Arab News kelmarin.

Ruwa Romman, 29, dari Parti Demokrat diundi dalam pilihan raya separa penggal minggu ini untuk mewakili District 97 di Dewan Perwakilan Negeri Georgia.

Ruwa mengalahkan saingannya dari Parti Republikan yang menuduhnya menggunakan taktik perkauman berunsurkan anti-Islam untuk menakut-nakutkan pengundi dan memburukkan imejnya. Beliau menang dengan margin yang jelas apabila memperoleh hampir 58 peratus undi.

Bercakap kepada akhbar Arab News, Ruwa berkata, majoriti penduduk di daerah itu telah menyokongnya semasa berkempen selain turut melindunginya ketika dia berasa terancam oleh penyokong pihak lawan.

“Saya berjaya membina hubungan yang dipercayai dengan masyarakat di daerah itu, terutamanya dalam kumpulan konservatif yang keluar untuk menyokong dan mempertahankan saya daripada ‘serangan’ parti lawan,” kata Ruwa.

District 97, yang sempadannya dilakar semula pada 2021, terletak di daerah Gwinnett, utara Atlanta. Bandar-bandarnya termasuk Berkeley Lake, Duluth, Norcross dan Peachtree Corners.

Populasi kawasan itu terdiri daripada 40 peratus penduduk berkulit putih selain turut dihuni penduduk Islam, Afrika dan Asia-Amerika yang cukup besar.

Romman dilahirkan di Amman, Jordan, manakala ibu bapa berketurunan Palestin sebelum mereka berpindah ke Atlanta 22 tahun lalu ketika dia berusia 7 tahun. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI